Duet Kelakar Dua Ekor Kucing

Duet Kelakar Dua Ekor Kucing atau Duetto buffo di due gatti adalah persembahan dendangan yang sangat masyur untuk dua orang soprano yang sering dipersembahakan sebagai enkore (tambahan) konsert. "Lirik" lagu ini adalah perkataan miau yang diulang-ulang. Kadangkala lagu ini dipersembahkan oleh gandingan seorang penyanyi soprano dan seorang penyanyi tenor, ataupun gandingan seorang penyanyi soprano dan seorang penyanyi bass.Walaupun lagu ini kebiasaannya dikaitkan dengan Gioachino Rossini, akan tetapi kenyataannya adalah lagu ini bukan hasil tulisannya, bahkan lagu ini adalah hasil himpunan lagu yang ditulis pada tahun 1825 yang kemudiannya menjadi pelengkap kepada tulisan lagu operanya pada tahun 1816, Otello. Hubert Hunt secara umumnya mengatakan bahawa pengumpul himpunan lagu ini adalah hasil kerja Robert Lucas de Pearsall, yang menggunakan nama samaran "G. Berthold" hanya untuk tujuan ini.[1]